Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Liverpool dan Man U seri tanpa gol

Oct 18, 2016 | 07:28 AM



LIVERPOOL: Salah satu pertempuran paling dinanti-nantikan pada musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bertukar menjadi kekecewaan besar apabila Liverpool dan Manchester United seri tanpa gol dalam perlawanan yang sebahagian besarnya tidak hebat di Anfield pada Isnin (17 Okt).



Selepas gembar-gembur sebelumpertempuran antara saingan sengit bola sepak Inggeris ini, pengurus United, Jose Mourinho, lebih berpuas hati daripada rakan sejawatannya, Juergen Klopp, kerana pasukannya dapat melembapkan api serangan Liverpool.



Pasukan tuan rumah, yang penuh dengan gol sepanjang musim ini, terbukti mengecewakan sehingga babak kedua tetapi penjaga gol United, David de Gea, menghalang mereka daripada kemenangan dengan menyelamat dengan baik percubaan Emre Can dan Philippe Coutinho.



Mourinho, yang berjaya membantutkan kemajuan Liverpool semasa di Chelsea, sekali lagi mendapati penguasaan taktikalnya membawa ganjaran, tetapi United masih di tempat ketujuh dengan 14 mata, dan hanya menang sekali daripada lima perlawanan liga, manakala Liverpool kekal keempat dengan 17 mata, dua di belakang pendahulu Manchester City dan Arsenal.



United menguasai sebahagian besar permainan dalam setengah jam pertama.



Hanya selepas rehat baru Liverpool menunjukkan sekilas belang mereka tetapi tidak mencukupi kerana De Gea menunjukkan aksi sangat baik untuk menghalang bola sepakan Can dan Coutinho daripada membolosi gawang United.



Ibrahimovic pula mensia-siakan peluang paling baik United apabila beliau membuat tandukan lemah daripada bola hantaran sangat baik Paul Pogba. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >