Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Liverpool sekat Chelsea, Arsenal kalah mengejut

Feb 01, 2017 | 07:38 AM



LONDON: Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet, bangkit daripada kesilapan untuk menjadi wira apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, disekat 1-1 di Anfield pada Selasa (31 Jan).



Cabaran Arsenal bagi gelaran EPL pula diganggu oleh Watford yang menang mengejut 2-1 ke atasnya.



Chelsea mendahului pada minit ke-25 apabila David Luiz mengambil sepakan percuma dengan cepat untuk melepasi Mignolet, yang masih cuba menyusun tembok pertahanan.



Mignolet kelihatan bingung tendangan pemain pertahanan Brazil itu tidak diketepikan, sebaliknya disahkan pengadil Mark Clattenburg, membolehkan Luiz menyambut gol pertamanya sejak kembali menyertai Chelsea daripada Paris Saint-Germain Ogos lalu.



Georginio Wijnaldum kemudian menyelamatkan Liverpool daripada kekalahan apabila pemain tengah itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-57 daripada hantaran James Milner.



Costa sepatutnya mendapatkan kemenangan bagi Chelsea pada minit ke-76 apabila Joel Matip mengasarinya dalam kawasan penalti.



Namun, sepakan penalti penyerang Sepanyol itu ditolak keluar oleh Mignolet, bagi menebus kesilapannya sebelum itu.



Chelsea masih di tempat pertama EPL, sembilan mata di depan pasukan tempat kedua, Tottenham.



Liverpool di tempat keempat, 10 mata di belakang Chelsea.



Di Stadium Emirates, Arsene Wenger sekali lagi menonton dari galeri sebab diharamkan berada di tepi padang dan bos Arsenal itu dikejutkan pada minit ke-10 apabila sepakan kencang Younes Kaboul terbias dari Aaron Ramsey lalu membolosi gawang Arsenal.



Tiga minit kemudian, Troy Deeney menggandakan gol Watford dengan jaringan jarak dekat selepas Etienne Capoue melepasi pertahanan Arsenal.



Alex Iwobi merapatkan kedudukan buat Arsenal apabila pemain sayap muda itu menjaringkan gol daripada hantaran Alexis Sanchez pada minit ke-58.



Ia kemenangan pertama Watford ke atas Arsenal sejak 1988.



Arsenal kini di tanggan ketiga EPL, sembilan mata di belakang Chelsea.



Tottenham pula terlepas peluang merapatkan jurang dengan Chelsea selepas diikat 0-0 oleh Sunderland.



Juara bertahan Leicester, yang sedang terkial-kial musim ini, mengalami kekalahan liga ketiga berturut-turut apabila tendangan kontroversi Sam Vokes memberi Burnley kemenangan 1-0 di Turf Moor.



Leicester, yang menang hanya sekali dalam lapan perlawanan terakhir liga mereka, kini hanya dua mata di atas zon penyingkiran.



Sam Allardyce merai kemenangan pertama sebagai pengurus Crystal Palace pada percubaan keenam, apabila pasukan Helang itu mengalahkan Bournemouth 2-0.



Pasukan keempat dari bawah, Swansea, meningkatkan harapannya untuk bertakat di EPL dengan kemenangan 2-1 ke atas Southampton di Stadium Liberty.



Middlesbrough seri 1-1 dengan West Bromwich Albion di Stadium Riverside. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >