EPL: Liverpool tewas walau 2 kali di depan, Man U seri pada saat akhir

LONDON: Liverpool mensia-siakan peluang kembali ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), satu mata di belakang Chelsea, apabila ia tewas 4-3 pada masa tambahan kepada Bournemouth walaupun dua kali mendahului.

Manchester United pula kehilangan dua mata di Everton selepas Marouane Fellaini memberi penalti pada minit ke-89 tidak lama selepas bekas pemain kegemaran Goodison Park itu masuk sebagai pemain gantian.

Kekalahan Liverpool, yang kini di tempat ketiga liga, ialah yang pertama dalam semua pertandingan sejak Ogos dan begitu tidak dijangka kerana mereka mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Sadio Mane dan Divock Origi, yang pertama kali bermain sejak wisel permulaan perlawanan pada musim ini, menjaringkan gol untuk pasukan pelawat daripada serangan berturut-turut.

Bournemouth tidak mengancam sehingga pemain bawah 21 tahun Scotland, Ryan Fraser, dibawa masuk 10 minit selepas separuh masa pertama.

Belum satu minit bermain, Fraser mendapat penalti, yang dimanfaatkan Callum Wilson untuk merapatkan jurang.

Emre Can kemudian memulihkan kelebihan dua gol Liverpool tetapi mereka terkejut apabila, dalam tempoh tiga minit, Fraser menjaringkan gol melalui hantaran Wilson dan kemudian pemain pertahanan Steve Cook mengawal boleh hantaran Fraser seperti seorang penyerang sebelum menyumbatkan gol untuk menyamakan kedudukan.

Pada minit ketiga masa tambahan, Bournemouth memperoleh satu kemenangan terbaik dalam sejarah mereka - dan pertama kali terhadap Liverpool - apabila penjaga gol Loris Karius gagal menangkap bola dengan baik daripada satu rembatan dari jarak jauh dan Nathan Ake menolak bola masuk.

Nasib Manchester berubah kepada buruk apabila pengurus Jose Mourinho memasukkan Fellaini.

Pemain Belgium itu tidak kemas semasa cuba menghalang Idrissa Gueye dan memberi penalti.

Pemain pertahanan Everton, Leighton Baines, mengambil tendangan penalti itu dan menyamakan kedudukan 1-1.

Terdahulu, Zlatan Ibrahimovic terus menambah jaringannya kepada keenam buat United.

Dengan enam seri dalam lapan perlawanan terakhir liga, United kini ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester City, yang berada di tangga keempat. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.