Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Man City di tempat kedua lepas tewaskan Hull 3-0

Dec 27, 2016 | 07:36 AM



LONDON: Yaya Toure menjaringkan gol penalti dan Kelechi Iheanacho menjaringkan gol mudah apabila Manchester City memastikan kemenangan 3-0 ke atas Hull City, yang gagal sekali lagi walaupun berjuang bersungguh-sungguh pada Isnin (26 Dis).



Hull bertahan lebih satu jam tetapi rintangan mereka akhirnya runtuh apabila Raheem Sterling dijatuhkan oleh Andrew Robertson pada minit ke-72 dan Toure menjaringkan gol daripada sepakan penalti.



Enam minit kemudian, Kevin De Bruyne dan David Silva bergabung bagi mewujudkan peluang mudah untuk Iheanacho, yang menolak bola masuk dari jarak dekat.



Gol sendiri pada masa kecederaan oleh pemain pertahanan Curtis Davies melengkapkan sengsara 20 minit Hull, yang tidak pernah menang dalam perlawanan liga sejak menewaskan Southampton pada 6 Nov.



Kemenangan itu meletak pasukan kedua Pep Guardiola di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 39 mata, tujuh mata di belakang pendahulu Chelsea. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >