Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Man City kembali di atas namun hanya mampu seri

Oct 24, 2016 | 08:23 AM



LONDON: Tempoh mengecewakan bagi Manchester City dan Pep Guardiola berterusan.



Pada Ahad (23 Okt), Southampton menghasilkan persembahan berdisiplin dan dinamik di Stadium Etihad untuk menafikan City kemenangan pertama sejak akhir September.



Kesilapan pemain pertahanan City, John Stones, semasa membuat hantaran memberi Nathan Redmond peluang menjaringkan gol bagi Southampton pada separuh pertama.



Gol penyamaan Kelechi Iheanacho boleh mendorong kebangkitan pantas City, tetapi ia tidak mudah sebab Southampton menunjukkan serangan baik dan pertahanan tersusun.



Mereka menggagalkan percubaan City untuk bangkit dan keputusan seri bermakna Guardiola gagal menang dalam tiga perlawanan terakhir EPL.



Keputusan itu membantu City kembali ke puncak liga, namun prestasinya sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai keupayaan pasukan Pep Guardiola menjuarai musim ini.



Terdapat tanda-tanda bahawa penyokong City telah mula kecewa, apabila kedengaran ada yang mengejek pasukan mereka semasa rehat selepas kesilapan Stones. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >