Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

EPL: Man U hanya mampu seri dek gol detik terakhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: Man U hanya mampu seri dek gol detik terakhir

Jan 13, 2016 | 07:58 AM

LONDON: Bola terbias oleh Paul Dummett pada minit ke-90 memberi Newcastle gol penyamaan yang menafikan Manchester United kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) penuh mendebarkan, yang berakhir dengan seri 3-3 pada Selasa (12 Jan).

Wayne Rooney menyempurnakan dua gol, satu daripada tendangan penalti dan satu lagi gol menakjubkan pada minit ke-79 yang meletak United 3-2 di depan.

Pasukan Louis van Gaal mendahului 2-0, dengan satu lagi gol dijaringkan Jesse Lingard.

Namun, Newcastle menyamakan kedudukan melalui jaringan Georginio Wijnaldum dan Aleksandar Mitrovic, juga melalui tendangan penalti.

Sedang United di ambang kemenangan, Dummett menjaringkan golnya, sekali gus menghalang pasukan pelawat ke St James' Park itu menyamakan kedudukannya dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat EPL.

Sebaliknya, United kini turun ke tangga keenam, setelah West Ham United menang dan naik ke tempat kelima.

Newcastle berada di tangga ketiga dari bawah, masih dalam zon disingkir daripada EPL. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3