Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Man U kalahkan Watford, semua kelab utama lain menang

Sep 16, 2018 | 11:09 AM



WATFORD:  Manchester United memecahkan  gelembung Watford pada Sabtu (15 September), menahan tekanan  daripada kelab yang mencatat  kejutan awal Liga Perdana Inggeris untuk memenangi 2-1 dan melepaskan tekanan  yang dirasakan   pengurus  Jose Mourinho.



United mengalami permulaan  menyedihkan  musim ini, kehilangan dua daripada empat perlawanan pertama mereka dan tertinggal  jauh daripada rentak yang ditetapkan oleh Liverpool, Chelsea dan Watford sendiri.



Tetapi dua gol dalam masa tiga minit pertama oleh  Romulus Lukaku dan Chris Smalling memberi mereka ruang pernafasan   pada separuh masa dan akhirnya membuka jalan menuju kemenangan yang mengakhiri rekod tidak pernah  Watford.



Gol Watford dijaringkan oleh Andre Gray.



Mourinho memuji kemenangan “sangat penting” itu  tetapi berkata tahap prestasi pasukannya menurun pada separuh kedua.



Antara keputusan lain perlawanan EPL pada Sabtu dan awal pagi Ahad: Liverpool mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1; Chelsea menundukkan  Cardiff City 4-1;   Manchester City atasi Fulham 3-0; Bournemouth mengejutkan     Leicester City 4-2; Arsenal mengalahkan  Newcastle United 2-1; Crystal Palace menewaskan  Huddersfield Town 1-0. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >