EPL: Man United tundukkan Leicester 3-0

LEICESTER: Manchester United terus mara dalam usaha menduduki antara empat tempat teratas dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas juara bertahan Leicester City pada Ahad (5 Feb), melanjutkan laluan tanpa kalahnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke 15 perlawanan.

Henrikh Mkhitaryan membuka jaringan di Stadium King Power dengan tindakan penyudah tenang selepas berlari untuk menyambut tandukan Chris Smalling pada minit ke-42.

Dan sedang pertahanan Leicester belum pulih, Zlatan Ibrahimovic menambah gol kedua dua minit kemudian.

Juan Mata menjaringkan gol ketiga selepas beberapa tindakan menarik bersama Mkhitaryan pada minit ke-49, dan United dengan mudah menamatkan perlawanan menentang pasukan Leicester yang belum menjaringkan gol liga tahun ini (2017).

Dengan kemenangan itu, United kekal di tempat keenam tetapi mengurangkan jurangnya dengan Liverpool dan Arsenal, masing-masing berada satu dan dua mata di atas mereka di tempat kelima dan keempat.

Leicester mempunyai 16 mata - satu mata di atas tiga pasukan paling corot dalam zon penyingkiran. - Reuters