Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Manchester United kalah 3-2 kepada West Ham

May 11, 2016 | 7:14 AM
Winston Reid (kanan) meraikan gol ketiga West Ham yang dijaringkannya dalam perlawanan EPL menentang Manchester United pada Selasa (10 Mei).
Winston Reid (kanan) meraikan gol ketiga West Ham yang dijaringkannya dalam perlawanan EPL menentang Manchester United pada Selasa (10 Mei). - REUTERS

LONDON: Manchester United mengalami serangan bas sebelum perlawanan dan kekecewaan selepas perlawanan kerana harapan mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan terjejas dek kekalahan 3-2 kepada West Ham United pada Selasa (10 Mei).

Selepas bas United dilempar dengan botol dalam perjalanan ke Boleyn Ground, mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului 2-1 melalui dua gol Anthony Martial setelah Diafra Sakho menjaringkan gol bagi West Ham pada minit ke-10.

Tetapi Michail Antonio menyamakan kedudukan dan kemudian Winston Reid memberi kemenangan kepada West Ham dengan gol pada minit ke-80.

Keputusan itu meletak United di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bermakna mereka hanya boleh memintas Manchester City ke tempat keempat, dan layak ke Liga Juara-Juara, jika mereka menang di rumah apabila menentang Bournemouth pada Ahad dan City kalah di Swansea City. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg