Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Manchester United seri 0-0 dengan Hull

Feb 02, 2017 | 07:26 AM



MANCHESTER: Usaha Manchester United mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara dikecewakan Hull City apabila pasukan Jose Mourinho itu hanya mampu seri 0-0 di Old Trafford pada Rabu (1 Feb).



Dengan Manchester City menang besar di West Ham United, saingan mereka dalam perlumbaan menduduki empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terhambat dek benteng pertahanan degil Hull.



Pasukan pelawat itu, yang menunjukkan tanda-tanda peningkatan di bawah pengurus baru Marco Silva, membataskan United kepada beberapa peluang sahaja.



Dan apabila United mendapat pepeluang menjaringkan gol, usaha mereka digagalkan penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic, yang menyelamatkan dengan bijak beberapa percubaan United pada kedua-dua babak permainan.



Pemain pertahanan United pula, Phil Jones, terpaksa dikeluarkan padang akibat cedera dalam babak kedua.



Keputusan seri itu mengekalkan United di tempat keenam EPL, empat mata di belakang pasukan tempat kelima, Manchester City, dan tempat keempat, Liverpool. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >