Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Manchester United tewaskan Bournemouth 3-1

May 18, 2016 | 07:19 AM



MANCHESTER: Penyerang remaja Marcus Rashford merai kejayaannya memasuki pasukan England dengan satu gol, apabila Manchester United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Bournemouth 3-1 di Old Trafford dalam perlawanan dijadualkan semula pada Selasa (17 Mei).



Dalam permainan yang ditunda dari Ahad berikutan penemuan bom olok-olok yang tertinggal di stadium itu semasa latihan antipengganasan, United memerlukan kemenangan 19 gol untuk mengatasi Manchester City bagi menduduki tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara.



Gol oleh Wayne Rooney, Rashford, 18 tahun, yang dinamakan dalam skuad sementara Euro 2016 England sehari lebih awal, dan pemain gantian Ashley Young memastikan tiga mata, tetapi hanya cukup untuk membuat Southampton turun ke tangga kelima.



Ini bermakna tempat United dalam Liga Europa kini terjamin, manakala perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace Sabtu ini mungkin menghasilkan satu kejuaraan buat pasukan Louis van Gaal itu.



Bournemouth, yang mendapat gol sendiri Chris Smalling pada masa tambahan, menamatkan kempen liga utama sulung mereka di tempat ke-16.



Suasana di dalam dan luar stadium agak muram dan ada tanda-tanda menentang Van Gaal, yang tidak popular.



Satu kain rentang peminat berbunyi: "MASA UNTUK PERGI LOUIS! TIDAK CUKUP BAIK!". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >