EPL: Pemain dan staf Newcastle positif Covid-19, perlawanan mungkin ditunda
LONDON - Perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Newcastle dengan Aston Villa pada Jumaat (5 Dis) ini mungkin tidak akan berlangsung akibat penularan koronavirus dalam kalangan pasukan dan kakitangan kelab baru-baru ini, lapor media Britain.
Newcastle telah menutup tempat latihan mereka dan ia dijangka tidak akan dibuka semula hingga seawal Rabu ini, lapor media tempatan.
AFP melaporkan Steve Bruce, pengurus pasukan Magpies itu, telah membatalkan latihan Ahad lalu selepas empat pemain dan seorang kakitangan pengurusan diuji positif Covid-19 minggu lalu.
Menurut The Daily Telegraph, kelab tersebut telah mendapati lebih ramai pemain diuji positif apabila mereka telah mengirim semula keputusan ujian mereka yang terbaru pada Isnin.
Kesemua anggota skuad pertama dan kakitangan telah diarah untuk mengasingkan diri di rumah. - AFP