Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Salah wira kemenangan Liverpool, Chelsea benam Stoke

Dec 31, 2017 | 02:50 PM



LONDON:  Liverpool bangkit untuk   mengalahkan Leicester City 2-1 terima kasih kepada dua gol  Mohamed Salah, sementara Danny Drinkwater menjaringkan gol Chelsea pertamanya dalam kemenangan  5-0 di Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu (30 Dis).



Pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip, secara cuai kehilangan kawalan bola kepada   Riyad Mahrez, yang memberinya kepada  Jamie Vardy, yang menewaskan  penjaga gawang Loris Karius, pengganti   Simon Mignolet, untuk menjaringkan gol Leicester pada minit ketiga.



Liverpool tidak dapat menjaringkan gol penyamaan pada babak pertama walaupun mempunyai 12 percubaan,  namun mereka melakukannya  tujuh minit selepas rihat.

 

Pemain sayap Mesir, Salah, menyambut hantaran   cemerlang Sadio Mane dan mempamerkan aksi baik sebelum menendang boleh melewati  penjaga gawang Kasper Schmeichel.



Salah menjamin kemenangan   Liverpool pada minit ke-76 dengan gol keduanya.



Di Stamford Bridge, Chelsea mendaki tempat kedua di atas Manchester United, yang seri 0-0 dengan    Southampton pada awal pagi Ahad (31 Dis), dengan kemenangan besar ke atas Stoke.



Gol pertama pasukan Antonio Conte dijaringkan oleh   pemain pertahanan  Antonio Rudiger hasil hantaran sepakan percuma  Willian pada minit ketiga.



Eden Hazard   dirihatkan oleh   Chelsea  tetapi penggantinya, Drinkwater,  menjaringkan gol pertamanya untuk Blues dengan tendangan kencang pada   minit kesembilan.



Pedro menyumbatkan gol ketiga Chelsea, sebelum Willian menambah satu lagi melalui tendangan penalti pada  minti   ke-73.



 Davide Zappacosta menjaringkan gol kelima Chelsea  dua minit sebelum perlawanan tamat.



Dalam   perlawanan lain EPL, Swansea City mengalahkan Watford 2-1;     Bournemouth menewaskan  Everton 2-1; Newcastle United seri  0-0 dengan    Brighton and  Hove Albion; dan  Huddersfield Town dan Burnley  seri 0-0. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >