Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

EPL: Swansea pecat jurulatih Bob Bradley

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: Swansea pecat jurulatih Bob Bradley

Dec 28, 2016 | 07:38 AM

SWANSEA: Swansea City, yang sedang terkial-kial dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), memecat jurulatih Bob Bradley pada Selasa (27 Dis) selepas beliau memimpin hanya 11 perlawanan, umum kelab itu di laman webnya.

Warga Amerika Syarikat itu menggantikan Francesco Guidolin Oktober lalu tetapi Swans hanya menang dua kali selepas pelantikannya dan kini terperosok di tangga kedua dari bawah liga.

"Swansea City boleh mengesahkan bahawa kelab ini telah berpisah dengan pengurus Bob Bradley," ujar kelab itu dalam satu kenyataan.

Pemecatan Bradley dibuat sehari selepas Swansea kalah 4-1 di tempat sendiri kepada West Ham. Ia kekalahan ketujuh kelab itu dalam tempoh singkat Bradley.

"Kami kesal kehilangan Bob selepas satu tempoh singkat," kata pengerusi Swansea, Huw Jenkins.

"Malangnya, hasilnya tidak seperti yang dirancang dan kami berasa kami terpaksa membuat perubahan sedang separuh musim Liga Perdana masih ada."

Jurulatih pasukan utama, Paul Williams dan Alan Curtis, akan mengambil alih daripada Bradley buat sementara sedang kelab itu mencari pengurus baru.

Perlawanan Swansea seterusnya ialah menentang Bournemouth di Stadium Liberty Sabtu (31 Dis) ini. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3