Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

EPL: Tottenham kalahkan Aston Villa 3-1

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: Tottenham kalahkan Aston Villa 3-1

Nov 03, 2015 | 08:59 AM

LONDON: Pengurus baru Aston Villa, Remi Garde, mendapati betapa sukarnya menyelamatkan kelab itu daripada penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah ia kalah 3-1 kepada Tottenham Hotspur pada Isnin (2 Nov).

Garde disahkan sebagai pengurus Villa, menggantikan Tim Sherwood yang dipecat, hanya pada awal hari perlawanan.

Villa, yang sejauh ini mengecapi hanya satu kemenangan musim ini pada hujung minggu pembukaan, ketinggalan kurang tiga minit selepas perlawanan bermula apabila pertahanan tidak kemas membolehkan Mousa Dembele menjaringkan gol.

Dele Alli menjadikan 2-0 sebelum rehat.

Jordan Ayew merapatkan kedudukan buat Villa pada lewat perlawanan di White Hart Lane itu, tetapi Harry Kane menjaringkan gol ketiga Tottenham pada saat-saat akhir.

Villa kekal di tangga paling bawah liga, sementara Tottenham naik ke tangga kelima. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3