EPL: Tottenham tundukkan West Ham 3-2

LONDON: Tottenham Hotspur kekal belum kalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, tetapi jauh lebih penting bagi pengurus Mauricio Pochettino selepas kemenangan 3-2 ke atas West Ham pada Ahad (20 Nov) ialah pasukannya menang buat kali pertama selepas tujuh perlawanan.

Spurs menguasa perlawanan tetapi terpaksa menunggu hingga Harry Kane menjaringkan dua gol dalam masa dua minit sebelum akhir untuk mengubah kekalahan pertama musim ini kepada kemenangan pertama sejak 2 Oktober.

West Ham mendahului dua kali, melalui gol babak pertama Michail Antonio dan penalti Manuel Lanzini pada minit ke-68, selepas Harry Winks menyamakan kedudukan 1-1.

Setelah 12 perlawanan, Tottenham kini di tempat kelima EPL, dengan enam kemenangan dan enam seri, manakala West Ham kekal di tangga ke-17 dan hanya satu mata di luar zon penyingkiran. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29
3 HR PSI: 59
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.