Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Euro 2016: Gol sangga cemerlang Modric bantu Croatia atasi Turkey 1-0

Jun 13, 2016 | 07:23 AM

PARIS: Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric, menjaringkan gol sangga cemerlang apabila Croatia menewaskan Turkey 1-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Euro 2016 mereka pada Ahad (12 Jun).

Croatia menguasai perlawanan, dengan dua percubaan mereka terkena palang pada separuh kedua, tetapi hanya gol Modric pada minit ke-41 memisahkan dua pasukan itu pada wisel penamat.

Apabila Emre Mor, penyerang kelahiran Denmark berusia 18 tahun yang digelar 'Messi Turkey' dimasukkan, ngauman kegembiraan daripada peminat Turkey.

Namun, Croatia yang hampir menjaringkan lagi gol dua kali pada babak akhir.

Kini Turkey perlu sedaya upaya bangkit apabila bertemu juara bertahan Sepanyol di Nice pada Jumaat, manakala Croatia akan menentang Republik Czech dengan harapan mara ke peringkat 16 pasukan. - AFP

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map