Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Euro 2016: Hungary menang mengejut 2-0 ke atas Austria

Jun 15, 2016 | 07:38 AM

BORDEAUX: Adam Szalai dan Zoltan Stieber menjaringkan gol pada babak kedua bagi membolehkan Hungary mengejutkan pasukan pilihan, Austria, dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Euro 2016 pada Selasa (14 Jun).

Austria, disebut-sebut sebagai kuda hitam kejohanan itu, menguasai babak pertama tetapi Szalai meletak Hungary di depan pada minit ke-62 dan Stieber memastikan kemenangan ke atas musuh lama mereka pada lewat permainan.

Aleksandar Dragovic dari Austria dibuang padang sejurus selepas Szalai mengakhiri kemarau golnya selama 18 bulan, sekali gus membantu Hungary kembali ke kejohanan utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 1986 dengan kejayaan.

Penjaga gol Hungary, Gabor Kiraly, menjadi pemain berusia 40 tahun pertama tampil di Kejohanan Eropah, mengatasi pemain Jerman Lothar Matthaus sebagai pemain tertua dalam sejarah kejohanan tersebut.

Hungary mendahului secara mengejut selepas sejam permainan apabila Laszlo Kleinheisler memberi bola kepada Szalai, yang menendangnya melepasi penjaga gawang Austria, Robert Almer, untuk gol pertamanya di sembarang peringkat sejak Disember 2014.

Berita Popular

Dan Stieber mencetuskan sambutan tergila-gila apabila beliau berlari dari petak Austria untuk mengalahkan Almer tiga minit sebelum perlawanan tamat bagi menambahkan gol Hungary, dan menjamin kemenangan pertama mereka dalam Kejohanan Eropah sejak 1964. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map