Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Euro 2016: Italy tundukkan Belgium 2-0

Jun 14, 2016 | 07:07 AM

LYON: Gol pada kedua-dua babak, masing-masing oleh Emanuele Giaccherini dan Graziano Pelle, memastikan Italy memulakan Euro 2016 dengan kemenangan 2-0 ke atas Belgium pada Isnin (13 Jun).

Belgium menguasai lama perlawanan Kumpulan E di Stade de Lyon itu.

Tetapi gol Giaccherini hanya selepas setengah jam dan Pelle dalam masa kecederaan bermakna Italy yang mendapat tiga mata untuk cuba mengulangi kejayaan mara ke perlawanan akhir Euro 2012.

Dalam perlawanan seterusnya, Italy akan menentang Sweden pada Jumaat, sementara Belgium berhadapan dengan Ireland pada Sabtu dan perlu menang jika mahu mengelakkan tersingkir awal. - AFP

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map