Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Euro 2016: Jerman dan Poland seri 0-0

Jun 17, 2016 | 07:10 AM

PARIS: Musuh lama Jerman dan Poland bertempur dan akhirnya seri tanpa jaringan, sekali gus kedua-dua negara hampir ke pusingan 16 terakhir Euro 2016, pada Khamis (16 Jun).

Kebuntuan itu meletak Jerman di tangga teratas Kumpulan C hasil perbezaan gol dengan Poland, dengan kedua-dua pihak mempunyai empat mata daripada dua perlawanan.

Pemain Poland Arkadiusz Milik mempunyai peluang terbaik tetapi menendang bola tersasar dari jarak dekat pada awal babak kedua.

Bagaimanapun, keputusan seri adil bagi pertemuan sengit itu.

Kemenangan 2-0 Ireland Utara ke atas Ukraine dalam perlawanan lebih awal pada Khamis meletak ia satu mata di belakang dua pendahulu kumpulan itu, sebelum perlawanan terakhir peringkat pasukan menentang Jerman pada Selasa.

Berita Popular

Poland akan menentang Ukraine dalam perlawanan terakhir mereka dengan keputusan seri cukup untuk mengesahkan tempat mereka dalam peringkat 16 terakhir, atau kalah mati. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map