Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Jerman tewaskan Ukraine 2-0

Jun 13, 2016 | 07:05 AM



PARIS: Jerman terbukti sebuah pasukan 'Turniermannschaft', perkataan ciptaan mereka yang bermakna 'pasukan kejohanan'. Apabila sesuatu kejohanan utama tiba, Jerman meningkatkan permainan mereka.



Dalam perlawanan pembukaan Euro 2016 mereka menentang Ukraine pada Ahad (12 Jun), Die Mannschaft meremehkan form mereka, setelah tiba di Perancis dengan empat kekalahan daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.



Shkodran Mustafi, yang menggantikan bek tengah Mats Hummels yang cedera, menanduk gol untuk membolehkan juara dunia itu mendahului selepas hanya 19 minit.



Dengan hampir sepakan terakhir permainan, pemain gantian, Bastian Schweinsteiger, melengkapkan kemenangan Jerman dengan menamatkan serangan balas pantas dengan gol separuh sangga.



Ukraine mencipta cukup peluang untuk menjaringkan gol tetapi Manuel Neuer menunjukkan mengapa beliau antara penjaga gol terbaik di dunia. Semua peluang Ukraine, bagaimanapun, datang pada separuh pertama sahaja.



Selepas rehat, Jerman menguasai perlawanan dan tidak diganggu, sekali gus menunjukkan mengapa mereka pasukan pilihan kedua untuk memenangi kejuaraan ini. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >