Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Euro 2016: Poland langkah ke kalah mati lepas tewaskan Ukraine

Jun 22, 2016 | 8:06 AM
Pemain Poland, Jakub Blaszczykowski (kiri), dan pemain Ukraine, Olexandr Kucher (kanan), beraksi dalam perlawanan Kumpulan C Euro 2016 pada 21 Jun.
Pemain Poland, Jakub Blaszczykowski (kiri), dan pemain Ukraine, Olexandr Kucher (kanan), beraksi dalam perlawanan Kumpulan C Euro 2016 pada 21 Jun. - GAMBAR EPA

MARSEILLE: Jaringan gol pada separuh kedua oleh pemain gantian Jakub Blaszczykowski membolehkan Poland menempah tiket ke peringkat kalah mati 16 pasukan Euro 2016 dan menyingkirkan Ukraine tanpa sebarang mata.

Pemain veteran berusia 30 tahun itu direhatkan oleh jurulatih Adam Nawalka, yang membuat empat perubahan dalam pasukannya, tetapi menjaringkan gol hanya beberapa minit selepas dimasukkan pada separuh kedua untuk membawa kemenagan.

Dengan dua kemenangan 1-0 terhadap Ireland Utara dan Ukraine dan seri tanpa jaringan semasa menentang Jerman, Poland menduduki tempat kedua Kumpulan C. Jerman di tempat teratas hasil perbezaan gol.

Selepas kekalahan di tangan Jerman dan Ireland, Ukraine telah pun tersingkir sebelum perlawanan di Stade Velodrome itu.

Kekalahan terbaru mereka bermakna mereka menjadi pasukan pertama bermain lima perlawanan tanpa sembarang gol dalam sejarah Euro. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg