Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Singtel kenakan bayaran sekali $88, StarHub belum umum harga

Apr 22, 2016 | 07:38 AM



TELCO Singtel dan StarHub mengumumkan pada Khamis (21 Apr) bahawa mereka telah mendapat hak penyiaran bagi Kejohanan Eropah Uefa 2016.



Kejohanan bola sepak itu, yang akan berlangsung di Perancis dari 10 Jun hingga 10 Julai dan menampilkan bintang seperti Cristiano Ronaldo dari Portugal, Zlatan Ibrahimovic (Sweden) dan Gareth Bale (Wales), boleh disaksikan dengan bayaran sekali sebanyak $88 (termasuk GST) di Singtel.



Bagi pelanggan Singtel yang menyertai atau memperbaharui pek Trio (daripada $52.90 sebulan), Variety (daripada $62.90) atau Value (daripada $69.90) untuk 24 bulan mulai Khamis, pertandingan Euro 2016 akan disediakan secara percuma.



Mereka yang mendaftar atau memperbaharui pek mio Stadium+, termasuk pelanggan rentas pembawa, akan mempunyai akses kepada perlawanan hanya melalui aplikasi Singtel TV GO.



Mereka boleh strim perlawanan terus ke skrin televisyen mereka melalui fungsi Chromecast dan AirPlay aplikasi itu.



Perlawanan pembukaan, satu separuh akhir dan perlawanan akhir akan disiarkan secara percuma di seluruh negara kepada sesiapa yang memuat turun aplikasi Singtel TV GO.



Pertandingan itu telah diperluas daripada 16 kepada 24 negara Eropah.



Sebanyak 51 perlawanan dijadualkan - 36 perlawanan kumpulan, lapan peringkat 16 pasukan, empat suku akhir, dua separuh akhir dan akhir - berbanding 31 perlawanan semasa Euro 2012.



Sementara itu, StarHub mengumumkan semua 51 perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Eleven Euro HD (StarHub Ch 220) dan Eleven Sports Euro HD (StarHub Ch 221), yang boleh disaksikan pada TV dan peranti pintar.



Maklumat lanjut mengenai harga dan pakej akan diumum tidak lama lagi, katanya.



Eleven Sports Network mengumumkan pada 8 April bahawa ia telah mendapat hak penyiaran Singapura bagi perlawanan itu.



Ketika kejohanan Euro 2012, penonton mengeluarkan $69.55 untuk mendaftar dan menonton semua perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >