Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Euro 2016: Sweden bertahan untuk seri 1-1 dengan Ireland

Jun 14, 2016 | 07:51 AM

PARIS: Gol cemerlang Wes Hoolahan tidak cukup untuk memberi Republik Ireland kemenangan dalam permulaan Euro 2016 mereka, kerana gol sendiri Ciaran Clark menghasilkan keputusan seri 1-1 dengan Sweden pada Isnin.

Hoolahan memanfaatkan bola hantaran Seamus Coleman dengan tendangan sangga tiga minit selepas babak kedua bermula di Stade de France untuk meletak Ireland di depan selayaknya.

Bagaimanapun, setelah lama disenyapkan oleh pertahanan Ireland, kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic, mencipta gol penyamaan pada minit ke-71 apabila bola hasil aksi beliau secara tidak sengaja dimasukkan Clark ke gawangnya sendiri. - AFP

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map