Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Turkey kalahkan Czech 2-0 untuk hidupkan peluang mara

Jun 22, 2016 | 07:51 AM



LENS (France): Burak Yilmaz dan Ozan Tufan menjaringkan gol untuk Turkey menewaskan Republik Czech 2-0 dan mengekalkan harapan tipisnya bagi layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan Euro pada Selasa (21 Jun).



Kekalahan itu menyingkirkan Republik Czech, yang juga menderita di tangan Turkey dalam pusingan akhir Euro 2008.



Turkey tewas dalam dua perlawanan Kumpulan D pertama mereka dan dihukum akibat peminat mereka yang sukar dikawal. Dan lebih banyak adegan liar berlaku di tempat duduk penonton semasa perlawanan ini.



Pemain berusia 18 tahun, Emre Mor, yang baru sahaja ditandatangani oleh Borussia Dortmund, meluru di bahagian kanan selepas 10 minit, melihat Yilmaz di tengah dan membuat hantaran sempurna untuk pemain Beijing Guoan itu menendang bola ke penjuru gawang.



Dalam pertandingan sengit itu, itulah satu-satu kalinya Turkey masuk ke dalam kawasan gol Republik Czech dalam setengah jam pertama.



Namun, penjaga gol Turkey, Volkan Babacan, cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan Republik Czech untuk mengekalkan pasukannya di depan.



Republik Czech terus mengasak tetapi Turkey yang menyumbatkan gol pada minit ke-65.



Selcuk Inan mengambil sepakan percuma yang ditanduk ke belakang oleh Mehmet Topal dan ditendang kencang oleh Tufan melepasi Petr Cech.



Tiga mata daripada perlawanan ini memastikan Turkey masih boleh mara ke peringkat kalah mati, bergantung pada keputusan perlawanan Kumpulan E antara Italy dan Republik Ireland dan Sweden menentang Belgium Rabu ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >