Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Wales tundukkan Russia untuk juarai kumpulan dan mara

Jun 21, 2016 | 07:29 AM



TOULOUSE (Perancis): Wales mengalahkan Russia 3-0, dengan menjaringkan dua gol dalam 20 minit pertama, dan mara ke pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016 dengan menjuarai Kumpulan B pada Isnin (20 Jun).



Aaron Ramsey menamatkan satu serangan balas dengan menewaskan penjaga gol Russia, Igor Akinfeev, bagi menghasilkan gol pertama Wales pada minit ke-11.



Neil Taylor menambah gol kedua, juga daripada serangan balas, sembilan minit kemudian apabila Wales menguasai pada awal perlawanan.



Russia tidak dapat respon kepada serangan cepat lagi tajam Wales dan terselamat daripada beberapa lagi peluang sebelum Gareth Bale menjaringkan gol ketiga pada minit ke-67 untuk menjadi penjaring gol terbanyak Euro 2016 setakat ini.



Wales mendahului kumpulannya dengan enam mata, satu di depan England, yang menduduki tempat kedua selepas seri 0-0 dengan Slovakia.



Pasukan Chris Coleman itu akan menentang salah satu pasukan di tangga ketiga di Paris pada Sabtu dengan harapan mara ke suku akhir, seperti yang berlaku pada 1976.



Russia akan pulang ke rumah dan perlu banyak berfikir sebelum menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam masa dua tahun. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >