Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Everton bangkit tundukkan Arsenal 2-1, Benitez lega

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Everton meredakan sedikit tekanan ke atas pengurus Rafa Benitez dengan persembahan tungkus lumus untuk menang 2-1 ke atas Arsenal di padang sendiri setelah ketinggalan satu gol.



Kemenangan kelmarin itu hasil jaringan cantik pada masa tambahan oleh pemain sayap Demarai Gray, yang turut berpengaruh besar dalam gol penyamaan Everton.



Penyerang asal Brazil, Richarlison, yang melihat dua jaringannya pada minit ke-44 dan ke-57 ditarik balik setelah VAR mendapati pemain itu berada dalam kedudukan offside, akhirnya menjaringkan gol penyamaan kelab Toffees itu pada minit ke-79.



Ini setelah Arsenal membuka tirai jaringan menerusi gol Martin Odegaard pada separuh masa pertama.



Keputusan itu bermakna Arsenal kekal di tangga ketujuh dengan 23 mata daripada 15 perlawanan, manakala Everton, yang mengumumkan kelmarin bahawa pengarah bola sepaknya, Marcel Brands, telah berhenti, naik ke tangga ke-12 dengan 18 mata.



Meskipun menguasai separuh masa pertama, Everton sekali lagi ketinggalan dengan membiarkan lawannya menjaringkan gol.



Penyokong tuan rumah dan Benitez menghembuskan nafas lega dengan jaringan Richarlison pada minit ke-78, namun suasana di Goodison Park menjadi riuh rendah apabila Gray menjaringkan gol kedua pasukan itu pada masa tambahan.



"Perlawanan ini bukan mengenai diri saya," tegas Benitez, mengulas mengenai tekanan yang beliau hadapi menyusuli tiga kekalahan berturut-turut sebelum perlawanan kelmarin.



"Para pemain wajar menikmati kemenangan ini. Mereka bermain dengan cemerlang, dengan semangat juang tinggi. Dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini juga, anda tidak boleh menyalahkan semangat juang pemain saya," ujar beliau.



Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, kecewa pasukannya kecundang, yang bermakna Arsenal tewas dalam tiga daripada lima perlawanan terakhir liga.



"Kami harus mendapatkan semula form kami. Adalah penting pemain sedar bahawa mereka harus bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kembali momentum yang kami miliki sebelum ini.



"Saya tidak bimbang kerana saya yakin para pemain ini dapat melakukannya," ujar beliau. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >