Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Everton beri harapan kepada Liverpool

May 02, 2014 | 03:44 PM



LIVERPOOL: Pengurus Everton, Roberto Martinez, berjanji kepada Liverpool pasukannya tidak akan menyerah kalah apabila mereka bertemu Manchester City di Goodison Park esok.


City yang kini tiga mata di belakang pendahulu liga Liverpool tetapi mempunyai lebih satu perlawanan, boleh menjuarai Liga Perdana Inggeris sekiranya mereka menumpaskan Everton.


Oleh kerana itu, Liverpool mengharapkan pasukan yang menentang Manchester City - Everton, Aston Villa atau West Ham - dapat menumpaskan kelab tersebut, sekaligus memperkukuh kedudukan pasukan Brendan Rodgers itu untuk muncul juara EPL.


Sedang penyokong Everton keberatan menolong Liverpool, Martinez berkeras mereka akan cuba melakukannya.


"Saya tidak fikir ada keraguan terhadap kewibawaan kelab bola sepak kami terhadap liga dan persaingan. Kami adalah kelab bola sepak dan pasukan yang mahu menang setiap perlawanan yang kami hadapi.


"Ia adalah mata berharga untuk kami, maka kami tidak mampu untuk tidak memberikan apa yang kami ada untuk setiap mata yang tinggal.


"Membantu pasukan lain bukan cara kami bekerja. Kami cuma menumpukan kepada usaha untuk menang dan mempunyai mutu yang tinggi dalam setiap perlawanan," kata Martinez.


Kemenangan ke atas Manchester City adalah penting untuk Everton kerana ia akan mencerahkan peluang mereka menyaingi Arsenal untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >