Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Everton kalah lagi tapi Lampard yakin pasukan dapat kekal di EPL

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Beliau yakin pasukannya akan kekal beraksi dalam Liga Perdana England (EPL) pada musim depan, tetapi bos Everton Frank Lampard berkata pemainnya perlu menunjukkan taring supaya dapat menjamin perkara itu.



Ini selepas Everton, yang menduduki tangga ke-17 dalam liga, tewas 1-2 kepada West Ham dan kini hanya berada tiga mata di atas tiga kelab terbawah.



Perlawanan Everton yang selanjutnya adalah dengan Burnley, yang kini menduduki tangga ke-19.



"Kami berada dalam kedudukan yang kurang stabil dan kami tahu realitinya. Tapi kami masih mempunyai lagi 10 perlawanan dan masih ada banyak lagi mata yang boleh direbut," kata Lampard.



"Jika kami terus berjuang dan bermain mengikut kekuatan kami, saya yakin kami akan mengatasi cabaran yang ada."



West Ham membuka tirai jaringan di Stadium London menerusi tendangan percuma Aaron Cresswell dalam separuh masa pertama.



Namun, Mason Holgate menyamai kedudukan bagi Everton di awal babak kedua.



Kebangkitan Everton yang diharapkan itu tidak muncul, dan Jarrod Bowen menjaringkan gol kedua, dan kemenangan, bagi West Ham selang lima minit.



Kekalahan itu bermakna Everton kekal sebagai pasukan yang mengutip mata paling rendah semasa bertandang ke stadium lawan.



Musim ini, ia hanya mengutip enam mata di padang lawan - jumlah kutipan paling rendah antara 92 kelab yang menyertai EPL dan Liga Bola Sepak England (EFL)



"Kami perlu menunjukkan lebih banyak keyakinan diri dan keupayaan utuh yang memang kami miliki, untuk kekal dalam EPL," kata Lampard selepas pasukannya tewas buat kali keenam dalam lapan perlawanan yang dipimpin beliau, sejak menggantikan Rafael Benitez yang dipecat pada Januari lalu.



"Everton mempunyai sejarah hebat dan pangkalan penyokong yang besar. Buat masa ini, kami sedang berusaha gigih untuk mengatasi masa yang sukar ini. Saya dan pemain tahu kami perlu melakukan segala-galanya untuk bangkit," kata Lampard.



"Penyokong juga tahu kami mampu bangkit dan jika kami mula mengutip seberapa banyak mata yang termampu dalam 10 perlawanan terakhir, saya jangka kami akan berada dalam kedudukan yang diingini di akhir musim ini."



Pengurus West Ham, David Moeys, yang pernah memimpin Everton selama 11 tahun dari 2002 hingga 2013, berkata beliau juga menjangka Everton terus berada dalam EPL.



Everton telah menyertai liga teratas di England bagi setiap tahun sejak musim 1954-55. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >