PIALA FA ENGLAND
Everton tewas di tangan barisan pelapis Liverpool
Jan 07, 2020 | 05:30 AM
LIVERPOOL: Ledakan mantap belia berusia 18 tahun, Curtis Jones, memberikan Liverpool yang membariskan skuad pemain muda kemenangan 1-0 ke atas musuh tradisi Everton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Anfield kelmarin.
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utamanya, memanggil tiga belia untuk memulakan perlawanan, manakala pengurus asal Italy, Carlo Ancelotti, memilih untuk membariskan pasukan Everton yang kuat.