Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

F1 cadang 'tolak ansur' pecah kebuntuan perlumbaan kelayakan pecut

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



FORMULA Satu (F1) telah mengemukakan cadangan tolak ansur dalam usaha memecahkan kebuntuan dalam perlumbaan kelayakan pecut musim ini.



F1 pada dasarnya telah bersetuju dengan pasukan-pasukan untuk menggandakan bilangan acara lumba pecut kepada enam acara pada 2022 tetapi perselisihan tercetus dalam isu kewangan.



F1 kini mencadangkan mengadakan hanya tiga acara lumba pecut hujung minggu yang serupa dengan acara sulung tahun lepas. Pelan baru itu akan diteruskan hanya jika lapan daripada 10 pasukan meluluskannya.



Format 'pecut' adalah pendekatan baru pada hujung minggu F1 yang telah diuji di Grand Prix Britain, Italy dan Sao Paulo tahun lepas.



Ia memperkenalkan perlumbaan singkat pada Sabtu menggantikan acara kelayakan, yang menetapkan grid bagi acara utama pada Ahad.



F1 telah menunjukkan data kepada pasukan yang membuktikan acara lumba pecut meningkatkan kedua-dua angka penonton dan pendapatan.



Tahun lalu, perjanjian kewangan telah dipersetujui untuk menyediakan pasukan dengan bayaran kecil untuk mengimbangi kos lebih tinggi bagi acara perlumbaan.



Tetapi beberapa pasukan besar telah berusaha untuk mengambil kesempatan dengan menuntut peningkatan had bajet, yang ditetapkan pada $140 juta (£103 juta) tahun ini.



Ketua eksekutif McLaren Racing, Zak Brown, berkata bulan lalu salah satu daripada tiga pasukan teratas - Red Bull, Mercedes dan Ferrari - telah meminta kenaikan $5 juta sebagai balasan bersetuju dengan enam acara lumba pecut.



F1 enggan menerima keperluan untuk menambahkan had bajet. Ia menegaskan bahawa ia berisiko menjejas matlamat peraturan baru yang diperkenalkan tahun ini yang bertujuan menjadikan perlumbaan lebih kompetitif.



Presiden F1, Stefano Domenicali, telah mencadangkan tawaran kompromi yang mengurangkan bilangan acara lumba pecut kepada tiga acara.



Disember lalu, F1 membuat tawaran yang menilai setiap acara lumba pecut dengan bayaran tambahan $100,000 setiap pasukan. Ia dikatakan masih meneliti cadangan terbarunya itu.



Belum ada keputusan tegas di mana tiga acara lumba pecut itu akan berlaku, jika persetujuan boleh dicapai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >