F1: Mercedes pecat empat pekerja buli perkauman

SOCHI - Juara Formula Satu, Mercedes telah memecat empat pekerjanya dan mendisiplinkan tiga lagi setelah siasatan terhadap pembulian berbaur perkauman di kilang pasukan itu, lapor akhbar British pada Sabtu lalu (28 September).

Dalam satu kenyataan, pasukan yang mempunyai juara dunia lima kali, Lewis Hamilton, yang mempunyai keturunan Caribbean dan pernah berucap tentang menentang perkauman, mengesahkan bahawa empat individu tersebut sudah dipecat.

Pemecatan pada 2 Ogos itu “berikutan siasatan dalaman yang mengesahkan pelanggaran dasar kepelbagaian dan kesaksamaan kami.”

“Kami mengutuk perlakuan ini dan bertindak serta-merta atas aduan ini. Kami menghargai kepelbagaian pekerja kami dan ia merupakan sumber kekuatan pasukan kami,” menurut kenyataan itu.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa terdapat “kempen buli perkauman” terhadap seorang pekerja Islam di pasukan ibu pejabat Brackley. - REUTERS

Galeri Foto