Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1: Vettel juarai GP Australia

Mar 25, 2018 | 04:51 PM



MELBOURNE: Sebastian Vettel mengatasi juara dunia Lewis Hamilton dalam perlumbaan sengit aksi pembukaan Formula Satu (F1) untuk menjuarai Grand Prix (GP) Australia pada 25 Mac.



Juara dunia empat kali itu mengambil kesempatan daripada  kesilapan percaturan hentian pit Mercedes, sekali gus menafikan hajat Hamilton  meraih kemenangan kali ketiga di Melbourne.



Rakan sepasukan Ferrari Vettel, Kimi Raikkonen,  pula memenangi perebutan tempat ketiga di depan Daniel Ricciardo dan menyertai Vettel di  podium.



“Terbaik! Memang terbaik, rakan-rakan,” kata Vettel menerusi radio pasukannya. “Kita mendapatnya. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan, tetapi kita sudah hampir dengannya.”



Ia  kemenangan ke-48 Vettel sepanjang 200 penampilan GP serta  kemenangan kedua berturut-turut di litar berkenaan.



Juara dunia dua kali, Fernando Alonso, terpaksa   berpuas hati di kedudukan kelima bagi  McLaren,  diikuti pelumba muda sensasi Red Bull, Max Verstappen. –  AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >