Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

FA siasat insiden pemain Man U terkena objek dilontar penyokong Leeds

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Persatuan Bola Sepak (FA) England sedang menjalankan siasatan berikutan pemain Manchester United Anthony Elanga terkena objek yang dilemparkan oleh penonton semasa kemenangan ke atas Leeds United dalam satu perlawanan Liga Perdana Ahad lalu.



Elanga, 19 tahun, terkena suar yang dilontarkan penyokong Leeds semasa meraikan gol jaringannya bagi membantu United menang 4-2 dalam pertemuan di Elland Road.



Terdapat juga banyak sorakan yang kurang enak didengari daripada kedua-dua belah penyokong.



Polis West Yorkshire berkata sejumlah sembilan orang telah ditahan bagi kesalahan yang termasuk menyalakan suar yang dilontar ke padang.



Leeds berkata mereka sedang menyemak rakaman CCTV untuk mengenal pasti mereka yang mencetuskan kekecohan dan akan mengenakan larangan sepanjang hayat pada mana-mana penyokong yang didapati telah melontar objek ke padang.



Meskipun "tiada gangguan besar" dan tiada kecederaan pada mana-mana pemain atau peminat yang dilaporkan, polis berkata kesalahan "termasuk ketenteraman awam, mencampak pelontar dan melanggar perintah larangan" telah berlaku.



Sekumpulan 70 penyokong United tuurt dilaporkan berada di luar stadium tanpa tiket dan telah diberikan notis bersurai sebelum perlawanan.



Dalam perlawanan liga pertama di depan penyokong antara dua musuh lama di Elland Road sejak Oktober 2003, Elanga meledakkan gol keempat United dengan baki dua minit perlawanan untuk menjamin kemenangan buat pasukan kendalian Ralf Rangnick.



Insiden-insiden yang tidak diingini semasa perlawanan bola sepak yang merentasi lima liga utama England dilaporkan berada pada tahap tertinggi sejak beberapa tahun ini, dengan gangguan melibatkan peminat "semakin buruk", menurut ketua pengawasan bola sepak UK.



Terdapat lebih 800 penangkapan berkaitan bola sepak dalam enam bulan pertama musim dan lebih 750 kejadian gangguan dilaporkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >