Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi beri keceriaan kepada peminat di hospital

Jun 15, 2019 | 05:30 AM



DITAHAN di hospital selama hampir 60 hari berikutan pembedahan saraf tunjangnya, Encik Mohammad Shahid Sanwari berasa sedih memikirkan akan nasibnya yang tidak dapat menyambut Aidilfitri tahun ini.



Namun, suasana sayu itu tiba-tiba bertukar menjadi gembira.



Pakar TradeNet berusia 41 tahun itu menerima lawatan istimewa yang mengejutkannya.



"Saya sedang sedih mendengar lagu Raya, tiba-tiba ada orang datang memberi salam.



"Fandi Ahmad ada di wad hospital saya. Saya tanya pada diri saya jika ia mimpi atau tidak," ujarnya apabila dihubungi Berita Harian Rabu lalu.



Legenda bola sepak setempat itu telah menziarahi seorang peminat tegar bola sepak negara, Encik Mohammad Shahid, di Hospital Masyarakat Yishun, pada 2 Jun lalu.



Lawatan kejutan itu diatur oleh rakan Encik Mohammad Shahid.



Selama 40 minit di sana, Fandi sempat bertanya khabar dan memberikan motivasi serta nasihat kepada Encik Mohammad Shahid untuk kembali sembuh.



Encik Mohammad Shahid, yang mengikuti perjalanan bola sepak negara sejak lewat tahun 80-an, pernah melancong sehingga ke Kelantan dan Kedah untuk melaungkan sorakannya kepada pasukan kebangsaan.



"Hargai peminat itu penting. Tanpa sokongan peminat, kami pemain tidak akan dapat mencapai kemenangan dan cita-cita kami.



"Mereka selalu ada apabila kami perlukan sokongan di stadium lantas apabila mereka dalam kesusahan, tidak ada salahnya kami berikan mereka semangat pula.



"Saya harap pemain pada masa kini dapat ikut jejak yang sama dan kembali menyumbang kepada masyarakat," kata Fandi.




"Hargai peminat itu penting. Tanpa sokongan peminat, kami pemain tidak akan dapat mencapai kemenangan dan cita-cita kami. Mereka selalu ada apabila kami perlukan sokongan di stadium lantas apabila mereka dalam kesusahan, tidak ada salahnya kami berikan mereka semangat pula. Saya harap pemain pada masa kini dapat ikut jejak yang sama dan kembali menyumbang kepada masyarakat."
- Fandi Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >