Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Fandi dilantik ketua jurulatih pasukan belia nasional

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Fandi dilantik ketua jurulatih pasukan belia nasional

Oct 04, 2016 | 06:17 PM

LAGENDA bola sepak tempatan, Fandi Ahmad, telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi pasukan belia nasional, petang tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Edwin Tong di sidang akhbar di Stadium Jalan Besar.

Fandi, 54 tahun, yang menandatangani kontrak baru selama tiga tahun - dengan pilihan untuk melanjutkannya selama tiga tahun - akan ditugaskan untuk mencari dan memupuk bakat baru dari lingkungan usia 18 hingga 23 tahun.

Dengan pelantikan tersebut, Fandi diberi tanggungjawab untuk mempersiapkan skuad belia nasional bawah 23 tahun bagi Sukan SEA 2017 and 2019, Sukan Asia 2018 dan juga Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3