Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJUARAAN AFC BAWAH 23 TAHUN

Fandi gembira prestasi Singa Muda seri dengan Korea Utara

Anggap persembahan terbaik sejak kendali skuad pada Oktober 2016
Mar 26, 2019 | 05:30 AM



JURULATIH pasukan nasional Bawah 23 tahun (U23), Fandi Ahmad, memuji keputusan seri 1-1 dengan Korea Utara dalam perlawanan kelayakan AFC U23 kelmarin.



Fandi turut menganggap persembahan pemainnya itu sebagai yang terbaik sejak beliau mengambil alih jawatan memimpin pasukan itu pada Oktober 2016.



Ikhsan Fandi menjaringkan gol menerusi gerakan solo seminit selepas perlawanan bermula, namun Korea Utara menyamakan kedudukan hanya enam minit kemudian di Pusat Bola Sepak MFF di Ulaanbaatar, Mongolia.



Dengan keputusan itu, Singapura berada di tangga ketiga Kumpulan G dengan dua mata daripada dua perlawanan, hanya dua mata di belakang Korea Utara dan Hongkong, yang mengalahkan pasukan tuan rumah, Mongolia, 1-0 dalam perlawanan lain.



Skuad Singa Muda mempunyai peluang untuk menduduki tangga teratas kumpulan dan mara ke pusingan akhir kejohanan tersebut buat kali pertamanya jika mereka berjaya menewaskan Mongolia dengan lebih satu gol dan memerlukan Korea Utara dan Hongkong mendapat keputusan seri dalam pertemuan mereka hari ini.



Sebelas pasukan teratas dan empat pasukan tempat kedua terbaik layak bertanding dalam kejohanan U23 di Thailand pada Januari depan.



Tiga pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mendapat tempat untuk bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Ketika dihubungi akhar The Straits Times (ST), Fandi berkata:



"Saya memberi tahu pemain saya bahawa keajaiban mampu berlaku, namun kita perlu berusaha untuk mencipta keajaiban tersebut.



"Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah bekerja keras dan menikmati perjalanan ini, dan saya gembira berada dalam perjalanan ini dengan kumpulan pemain ini."



Beliau turut gembira dengan persembahan yang ditunjukkan pemainnya ketika menentang Korea Utara, yang menduduki tempat kesembilan daripada 44 pasukan yang bertanding dalam pusingan kelayakan itu, berbanding Singapura yang menduduki tangga ke-30.



Ikhsan, anak kedua kepada jurulatih berusia 56 tahun itu ,telah meletakkan skuad negara di hadapan pada minit pertama selepas mendapat bola daripada hantaran Hami Syahin sebelum memecut lari di bahagian kiri padang melepasi benteng pertahanan lawan dan mengatasi penjaga gawang Korea Utara.



Penyerang berusia 19 tahun itu berkata:



"Selepas Hami buat hantaran itu, saya dapat mendengar jeritan daripada mereka di bangku simpanan untuk cuba menewaskan pemain pertahanan mereka.



"Jadi saya terus berlari ke arah gawang dan melepaskan tendangan.



"Saya tidak sempat lihat di mana gawang ataupun penjaga gawang mereka berada, saya hanya fikirkan untuk melepaskan tendangan itu ke arah sasaran."



Namun, Korea Utara berjaya menyamakan kedudukan pada minit ketujuh dengan jaringan dari Park Kwang Hun.



Namun, pasukan yang layak ke pusingan suku akhir Kejohanan U23 2016 tidak dapat menambah gol kedua selepas pasukan kendalian Fandi itu menunjukkan keutuhan benteng pertahanan mereka dan mematahkan setiap serangan pasukan lawan.



"Korea Utara adalah pasukan yang hebat, tetapi pemain kami telah berjuang hingga ke wisel penamat, dan kami mampu bertahan.



"Kami menunjukkan tahap disiplin taktikal dan pemain kami telah melakukannya dengan baik.



"Sekarang kita akan melihat ke hadapan bagi perlawanan menentang Mongolia dan akan bermain untuk menang.



"Mereka adalah sebuah pasukan yang gigih berjuang, secara taktikal dan teknikal, namun mereka bukanlah pasukan yang kuat," ujar Fandi.



Sementara itu, Ikhsan menambah:



"Kami telah seri dua perlawanan (selepas keputusan 1-1 ketika menentang Hongkong Jumaat lalu), dan kami fokus untuk mendapat kemenangan apabila bertemu Mongolia.



"Mereka adalah pasukan yang bagus dengan pemain lincah dan cekap, tetapi kami juga mempunyai pemain sebegitu.



"Kami telah bekerja keras (untuk layak bertanding) dan kami akan melakukan yang terbaik."




"Saya memberi tahu pemain saya bahawa keajaiban mampu berlaku, namun kita perlu berusaha untuk mencipta keajaiban tersebut. Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah bekerja keras dan menikmati perjalanan ini, dan saya gembira berada dalam perjalanan ini dengan kumpulan pemain ini."
- Jurulatih pasukan nasional Bawah 23 tahun, Fandi Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >