Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi kat mana?

May 18, 2016 | 05:30 AM



PELANTIKAN V. Sundramoorthy sebagai jurulatih nasional mencetus tanda tanya tentang masa depan Fandi Ahmad dalam bola sepak setempat.



Difahamkan, kededua bekas pemain nasional itu antara dua calon setempat yang dipertimbang oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi jawatan tersebut.



Namun, pelantikan Sundramoorthy ini bermakna Fandi, yang masih terikat kontrak dengan FAS sehingga November ini, kini tidak berperanan khusus di sana sejak Mac lalu.



Bekas jurulatih LionsXII itu tidak dapat dihubungi Berita Harian semalam.



Sebelum ini, sebagai pembantu jurulatih nasional kepada Bernd Stange, Fandi ditugaskan melawat kelab setempat dan beberapa kelab di seberang Tambak bagi memerhati pemain nasional seperti Hariss Harun, Baihakki Khaizan, Shahril Ishak dan Safuwan Baharudin yang berpangkalan di Malaysia.



Bagaimanapun, peranannya di FAS menjadi kurang jelas selepas Stange beredar Mac lalu.



Difahamkan juga, Fandi telah menolak tawaran badan penguasa bola sepak nasional itu agar memimpin pasukan Garena Young Lions yang beraksi dalam Liga-S Great Eastern-Yeo's.



Young Lions adalah pasukan pembangunan nasional yang dibentuk kebanyakannya pemain berusia bawah 21 tahun.



Menurut sumber, Fandi berasa 'tawar hati' dengan kegagalan perundingan lebih lima bulan dengan FAS tentang masa depannya.



"Fandi masih disayangi ramai... saya percaya pintu rezeki buatnya terbuka di mana-mana," ujar sumber itu.



Mac lalu, Fandi menolak peluang menjadi jurulatih Pahang FA yang beraksi dalam Liga Super Malaysia.



Bercakap kepada akhbar di Malaysia, Fandi berkata beliau hanya ingin berbincang tentang masa depannya apabila kontrak dengan FAS luput.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >