Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Fandi pilihan sempurna' untuk pimpin Singa ke Piala Suzuki

May 20, 2018 | 05:30 AM



LEGENDA bola sepak negara, Fandi Ahmad, adalah "pilihan yang sempurna" untuk memimpin skuad nasional ke Piala AFF Suzuki pada November ini.



Mengatakannya di sidang media sempena pelantikan Fandi sebagai jurulatih pasukan bola sepak nasional yang baru pada Selasa lalu, naib presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Edwin Tong, menegaskan bahawa majlis FAS akan tetap memilih Fandi sebagai jurulatih Singa ke Piala Suzuki sekalipun jika mereka berjaya menemui calon tetap "minggu depan" bagi memimpin skuad nasional bagi tempoh jangka panjang.



Pelantikan Fandi sebagai jurulatih baru Singa bagaimanapun adalah sehingga penghujung Piala AFF Suzuki.



Jurulatih berusia 55 tahun itu telah melahirkan minat utamanya mahu kembali memberi fokus pada projek pembangunan pemain muda nasional selepas kejohanan itu - khususnya memimpin skuad muda mengharungi cabaran temasya Sukan SEA 2019, kelayakan Bawah 23 tahun Piala AFC serta kelayakan Olimpik 2020.



Ini, menurut Tong, memberikan FAS lebih masa dan ruang untuk menebar jaring yang lebih luas dalam mengenal pasti calon yang tepat untuk dilantik jurulatih Singa dengan Fandi turut memainkan peranan sepanjang proses mencari dan mengenal pasti jurulatih baru itu nanti.



Kededuanya - jurulatih nasional yang bakal dilantik itu dan Fandi - juga dijangka akan bekerjasama dalam usaha memastikan kesinambungan dalam proses penyaluran pemain-pemain muda berbakat daripada skuad Bawah 23 Tahun kepada pasukan nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >