Fandi: Singapura perlu menang, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PIALA AFF SUZUKI

Fandi: Singapura perlu menang

Nov 21, 2018 | 05:30 AM

SINGAPURA mungkin menjadi pasukan pilihan.

Namun, jurulatih Timor-Leste Norio Tsukitate (kiri) mahu memastikan pasukannya memberi tentangan hebat kepada pasukan tuan rumah.

Bercakap dalam sidang media di Stadium Negara semalam, jurulatih asal Jepun itu berkata mereka tidak mampu memikirkan tentang pasukan lawan. Sebaliknya, mereka perlu memastikan mereka bersedia menempuhi saingan esok.

"Selepas tiga perlawanan, tahap keyakinan pemain kami sudah meningkat dan kami bagaikan mampu bermain dengan lebih baik.

"Kami perlu memberikan 100 peratus kepada perlawanan ini. Saya tidak mampu menjangkakan keputusan esok, tetapi apa yang pasti, kami bersedia memberikan yang terbaik," katanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pemain pertahanan Timor-Leste Jorge Sabas Victor (dua dari kiri) pula berkata:

"Pastinya ia perlawanan sukar bagi kami kerana Singapura akan bermain di padang sendiri. Namun, setelah menunjukkan apa yang mampu kami lakukan, saya percaya kami mampu menandingi Singapura."

Dalam pada itu, jurulatih Singa Fandi Ahmad (kanan) menegaskan bahawa pasukannya akan bermain demi mendapatkan keputusan yang diingini.

Fandi juga akur Timor-Leste mempunyai pemain hebat yang mampu merubah hala tuju perlawanan.

"Ini perlawanan yang harus kami menang. Kami tidak mampu mengetepikan Timor-Leste kerana mereka mempunyai pemain serangan yang lincah.

"Kami harus tetap fokus dan tidak membuat kesilapan, selain memastikan kami mempunyai disiplin tinggi bagi perlawanan esok," ujarnya.

Bersama mereka dalam gambar ialah pemain 'midfield' Singa Izzdin Shafiq.

Laporan penuh: Singa tidak mampu berputih mata apabila menentang Timor Leste

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map