Fandi yakin tidak mustahil Singa kalahkan Thailand malam ini, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PIALA AFF SUZUKI

Fandi yakin tidak mustahil Singa kalahkan Thailand malam ini

Nov 25, 2018 | 05:30 AM

DETIK penentuan bagi skuad bola sepak kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki sudah tiba.

Malam ini, Singapura bakal menjadi tetamu di Stadium Rajamangala dan berdepan dengan juara bertahan kejohanan tersebut serta pendahulu Kumpulan B, Thailand.

Jika skuad kendalian jurulatih sementara Fandi Ahmad itu menang, ia akan melangkah ke peringkat seterusnya namun jika kalah ataupun seri, maka ia terpaksa melabuhkan tirai dalam kejohanan ini.

Singapura pernah mengatasi Thailand di padang lawan pada 2009 menerusi jaringan penyerang Alexsandar Duric dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.

Lantaran itu, jika ia mahu mengulangi kecemerlangan itu, Singapura perlu berwaspada, terutamanya di pertengahan padang supaya pemain midfield pihak lawan tidak mempunyai ruang bermain dan memberi hantaran.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini lebih-lebih lagi, pasukan Thailand mempunyai gandingan midfield yang kukuh - antaranya Thitipan Puangchan dan Tanaboon Kesarat daripada kelab Bangkok Glass liga satu Thailand, yang dijangka diturunkan menentang pasukan Singa - yang pintar memberi hantaran jika diberi ruang.

Tidak dilupakan juga penyerang ligat di hadapan gawang Adisak Kraison, yang telah pun menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan - meletakkannya penjaring gol terbanyak kejohanan setakat ini.

Oleh itu, gabungan persefahaman di midfield Thailand dan prestasi penyerang berbisanya merupakan sesuatu yang perlu diberi keutamaan oleh skuad Singa kerana jentera midfield Singapura perlu memberi tekanan hebat kepada pihak lawan.

Dalam satu wawancara bersama akhbar The Straits Times, penjaga gawang utama Singapura yang juga bermain di kelab liga dua Thailand Army United, Hassan Sunny, berkata:

"Adisak sangat tangkas dan penyudahan berbisa dalam kotak penalti tetapi kami tidak boleh tumpu kepadanya sahaja.

"Saya rasa kawasan midfield sesuatu yang sangat penting yang perlu kami beri perhatian."

Selain itu, perlawanan malam ini juga merupakan cabaran terbesar Fandi daripada sudut taktikal, memandangkan beliau perlu mengimbangi gaya permainan yang paling sesuai.

"Mungkin keselebasan utama pemain akan dirombak sedikit - kami masih memikirkan sama ada meletakkan pemain pantas ataupun bermain di sayap atau pemain yang teknikal.

"Kami perlu berwaspada, terutamanya pada 15 hingga 20 minit pertama permainan kerana mereka akan mengasak namun di sinilah disiplin taktikal begitu penting."

Sungguhpun demikian, walaupun menentang Thailand di padang lawan dan di hadapan penyokong mereka, Fandi yakin dan optimis akan peluang Singapura.

Beliau berkata:

"Saya yakin ia tidak mustahil bagi kami mengalahkan mereka di padang mereka sendiri.

"Kami pernah melakukannya jadi kami perlu menyemai kepercayaan sedemikian dalam semangat pemain dan pemain juga akan memberikan segalanya bagi memastikan Singapura menang perlawanan ini."

  • Muhaimin Suzaini penulis sambilan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map