Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Faris, Ikhsan pimpin serangan Singa Muda di Filipina

Nov 19, 2019 | 05:30 AM



KETUA jurulatih pasukan bola sepak di bawah 22 tahun (U22) nasional Fandi Ahmad telah menamakan skuad seramai 20 pemain untuk Sukan SEA di Filipina nanti.



Penyerang kelab Malaysia Terengganu FC, Faris Ramli dan pemain pertahanan Warriors FC Tajeli Selamat telah dipilih untuk mengisi slot pemain lebih umur pasukan itu.



Ikhsan Fandi, yang sebelum ini dilaporkan sedang mendapatkan kebenaran daripada kelabnya, pasukan tahap kedua liga Norway Raufoss, juga tersenarai untuk memperkukuhkan bahagian serangan skuad Singa Muda.



Jurulatih berusia 57 tahun itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam, berkata:



"Saya dan jurulatih yang lain harus melakukan beberapa keputusan sukar apabila memuktamadkan skuad ini kerana kami ingin membawa pasukan terbaik kami.



"Kini, ia terpulang kepada pemain yang terpilih untuk menghargai peluang yang diberikan dan membanggakan negara."



Pasukan Singa Muda dijadual berdepan Laos dalam perlawanan pusingan kumpulan pertama mereka pada 26 November ini.



Dengan hanya seminggu lagi ke perlawanan tersebut, Fandi mengulas:



"Persiapan telah dimulakan sejak setahun yang lalu. Kem latihan, perlawanan persahabatan dan kejohanan sepanjang tahun adalah sebahagian persiapan kami menjelang Sukan SEA. Semua kakitangan jurulatih dan di belakang tabir telah memastikan pasukan telah bersiap sedia secara mental, fizikal dan taktikal."



Singapura telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand; pemenang pingat gangsa 2017 Indonesia; Vietnam; Laos; dan Brunei.



"Ia akan menjadi kempen yang mencabar berdepan dengan saingan mantap dalam pusingan kumpulan. Tetapi, saya yakin terhadap pemain kami.



"Kami tahu kami adalah pejuang...kalah, menang atau keputusan seri, kami akan terus berjuang. Kami mahu mereka bermain dengan penuh semangat, kepintaran, keberanian dan berikan segalanya apabila beraksi di padang," tambah Fandi.



Pasukan Singa Muda akan berangkat ke Filipina pada 23 November ini.




SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK SUKAN SEA



PENJAGA GOL:



Kenji Rusydi dan Zharfan Rohaizad



PERTAHANAN:



Irfan Fandi, Irfan Najeeb, Jordan Vestering, Ryhan Stewart, Syahrul Sazali, Tajeli Selamat, Lionel Tan dan Zulqarnaen Suzliman



MIDFIELD:



Haiqal Pashia, Hami Syahin, Jacob Mahler, Joshua Pereira, Naqiuddin Eunos, Nur Luqman, Saifullah Akbar dan Shah Shahiran



PENYERANG:



Faris Ramli dan Ikhsan Fandi




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >