Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS adakan sesi pemilihan untuk penjaga gawang bawah 14 tahun

Oct 16, 2015 | 11:53 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan mengadakan sesi pemilihan untuk penjaga gawang di bawah usia 14 tahun.


Seandainya terpilih, individu itu akan berpeluang menyertai Akademi Bola Sepak Nasional Bawah 14 Tahun pada tahun depan.


Sesi pemilihan akan diadakan pada Ahad, 15 November ini, di Stadium Serangoon, di Yio Chu Kang Rd.


Setiap pemain haruslah mengenakan pakaian yang sesuai - jersi, seluar pendek, sarung tangan penjaga gawang, setokin panjang, shin pad dan but.


Hanya warga Singapura yang lahir antara 1 Januari hingga 31 Disember 2002, layak menyertai sesi pemilihan ini.


Mereka yang ingin turut serta dalam sesi pemilihan ini harus mendaftar di Stadium Serangoon pada 9 pagi.


Pendaftaran ditutup pada 9.30 pagi.


Pemilihan penjaga gawang akan dilaksanakan oleh Konsultan Kejurulatihan Penjaga Gawang, Guy Martens.


Sesi pemilihan akan berakhir pada 12.30 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >