Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS arah Warriors lucutkan jawatan pengurus besar

Aug 30, 2019 | 04:10 PM



PERSATUAN Bolasepak Singapura (FAS) telah mengarahkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Warriors FC, agar jawatan pengurus besar dan setiausaha kehormatnya, Paul Poh Por Chuan, dilucutkan dengan segera.



Ini dinyatakan FAS menerusi satu kenyataan medianya pada Jumaat (30 Ogos).



Menurut laman The Straits Times, ini mungkin kali pertama FAS mengeluarkan arahan sedemikian kepada sebuah kelab profesional di Singapura, sejak Liga S ditubuhkan pada 1996.



Ia timbul selepas pergolakan selama beberapa tempoh di kelab tersebut, yang menyaksikan ia beberapa kali menghadapi kesukaran membayar kakitangannya tepat pada masa sepanjang 14 bulan lalu.



Siasatan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kemudian dijalankan selain pengharaman pengambilan pemain asing dikenakan sebanyak dua kali.



Namun Poh memberitahu The Straits Times yang beliau belum meletakkan jawatannya di kelab tersebut dan menyatakan beliau enggan mengulas berkaitan arahan FAS sehingga beliau mendapat maklumat lanjut mengenainya.



Beliau menyertai Warriors FC pada 2016 dan menguruskan operasi harian kelab itu.



Julai lalu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa FAS amat bimbang dengan cara dana, yang diagih kepada kesemua enam kelab SPL setempat, diuruskan kelab Warriors.



Setiap kelab SPL menerima sekitar sejuta dolar berbentuk subsidi setahun daripada FAS bagi gaji kakitangan mereka seperti pengurus besar, jurulatih, dan pemain asing.



Sekitar seperlima dana tersebut tidak diagih kepada kelab tersebut memandangkan ia “melanggar” subsidi insurans dan kemudahan.



Dalam kenyataannya semalam, FAS mendedahkan bahawa Warriors telah gagal membayar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kakitangan dan pemainnya sejak Januari lalu.



Menurut FAS: “Terdapat kewajipan dalam undang-undang untuk berbuat demikian dan kegagalan itu kini sedang disiaat. Arahan ini (untuk melucutkan jawatan Poh) timbul selepas FAS menemui masalah serius dan berulang di mana Warriors gagal mengambil langkah memperbetulkannya dan juga mengambil kira kepentingan para pemain dan kakitangan (kelab).”



FAS juga berkata yang ia akan membantu Warriors semasa waktu peralihan itu, termasuk kemungkinan meminjamkan seorang kakitangan FAS untuk menguruskan pentadbiran kelab tersebut sehingga musim ini berakhir, yang dijadualkan tamat pada 29 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >