Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PASCA-SUKAN SEA

FAS bela tindakan dedah pemain langgar had waktu

Dec 14, 2019 | 05:30 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) mempertahankan keputusannya mendedahkan nama pemain skuad bola sepak Sukan SEA yang melanggar had waktu, dan berkata ia tidak mengambil ringan keputusan tersebut dan hanya berbuat demikian selepas mendapatkan pengakuan bertulis dan audio daripada mereka.



Demikian respons yang diberikan FAS dalam satu kenyataan malam kelmarin terhadap kritikan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) Chris Chan kelmarin.



Jurucakap FAS berkata: "Kenyataan Encik Chris Chan yang mempersoal ketidakadilan FAS dalam menamakan kesemua sembilan pemain itu sebelum FAS melakukan siasatan terperinci memberi gambaran negatif tentang FAS.



"FAS ingin menekankan ia tidak mengambil keputusan menamakan kesemua pemain itu dengan ringan dan tidak akan melakukan demikian jika terdapat walaupun sedikit keraguan apakah mereka, walaupun seorang, dikenal pasti atau dituduh secara silap.



"Mendedahkan pemain-pemain itu benar-benar perlu kerana ada keperluan bersikap telus dan bertanggungjawab bukan kepada pihak-pihak berkepentingan sahaja, bahkan masyarakat awam."



Semasa sesi pos mortem persembahan Team Singapore di Sukan SEA yang baru selesai di Filipina, Encik Chan berkata beliau merasakan keputusan FAS mendedahkan nama pemain yang melanggar had waktu tidak adil.



Beliau juga mempersoal keputusan FAS mengadakan perbicaraan disiplinnya sendiri sebelum SNOC melakukannya.



"Setahu kami, apa yang berlaku ialah di bawah bidang kuasa kami," kata Encik Chan kepada media di Clark, Filipina.



Mengenai perkara itu, jurucakap FAS berkata: "Walaupun kami menghormati keinginan SNOC mengendalikan proses disiplin, FAS juga berhak menimbangkan dan menggerakkan proses disiplinnya sendiri.



"FAS kekal komited bekerjasama dengan SNOC dalam perkara ini untuk mencari satu huraian yang memuaskan semua pihak."



Dalam laporan Berita Harian sebelum ini, SNOC mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa enam pemain bola sepak Singapura dalam skuad Bawah-22 tahun melanggar had waktu.



FAS kemudian mengeluarkan kenyataan yang mengenal pasti mereka sebagai Zharfan Rohaizad, Joshua Pereira dan Lionel Tan (semua 22 tahun), Kenji Rusydi and Zulqarnaen Suzliman (kededuanya 21 tahun) dan Tajeli Salamat, 25 tahun.



FAS turut menambah bahawa mereka bakal menghadapi tindakan tegas oleh persatuan itu.



Enam pemain itu dikatakan meninggalkan bilik mereka selepas had waktu 11 malam untuk mengunjungi kasino berdekatan hotel mereka di Manila.



Tiga lagi pemain - Shah Shahiran, Hami Syahin dan Saifullah Akbar, semuanya 20 tahun - kemudian didedahkan FAS Isnin lalu sebagai turut melanggar had waktu. Tetapi akhbar The Straits Times melaporkan ia berbeza daripada kejadian yang melibatkan enam pemain itu.



Rabu lalu, sembilan pemain itu menghadiri satu mesyuarat disiplin FAS, tetapi sesi itu ditangguhkan, mungkin hingga awal bulan depan.



Prestasi skuad bola sepak Singa Muda di Manila mengecewakan, berakhir dengan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan, sekali gus gagal memasuki separuh akhir buat tiga temasya berturut-turut.




"Mendedahkan pemain-pemain itu benar-benar perlu kerana ada keperluan bersikap telus dan bertanggungjawab bukan kepada pihak-pihak berkepentingan sahaja, bahkan masyarakat awam. Walaupun kami menghormati keinginan SNOC mengendalikan proses disiplin, FAS juga berhak menimbangkan dan menggerakkan proses disiplinnya sendiri.

"FAS kekal komited bekerjasama dengan SNOC dalam perkara ini untuk mencari satu huraian yang memuaskan semua pihak."

- Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >