Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIONSXII DIKELUARKAN DARIPADA LIGA SUPER MALAYSIA

FAS: Keutamaan kami bagi pemain dan staf LionsXII

Nov 25, 2015 | 09:31 PM

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) berkata keutamaannya adalah membantu pemain dan staf LionsXII, selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan LionsXII tidak akan beraksi dalam Liga Super Malaysia pada 2016.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada media lewat 25 November, FAS berkata ia akan bertemu pemain dan staf LionsXII dalam tempoh beberapa hari mendatang.

FAM mengumumkan pada 24 November bahawa ia tidak akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) dengan FAS yang ditandatangani dalam 2011.

Perjanjian itu membenarkan sebuah pasukan dari Malaysia dan Singapura masingmasing beraksi dalam liga domestik negara jiran. LionsXII mewakili Singaura dalam Liga Super Malaysia sementara Harimau Muda mewakili Malaysia dalam Liga S.

Harimau Muda kini telah dibubarkan.

"Ekoran beberapa perbincangan sepanjang setahun lalu - termasuk mesyuarat terkini di Kuala Lumpur awal bulan ini - FAM telah memberitahu kami petang tadi bahawa ia tidak akan memperbaharui MOU yang ditandatangani pada 2011.

"Keutamaan kami buat masa ini adalah bagi memberi bantuan kepada pemain dan staf LionsXII dan akan bertemu dengan mereka dalam beberapa hari mendatang," kata FAS dalam kenyataannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3