Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS lanjut kontrak Fandi dengan peranan baru sebagai ketua belia elit

Nov 23, 2019 | 02:09 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini ia telah melanjutkan kontrak ikon bola sepak tempatan Fandi Ahmad.



Fandi, 57 tahun, kini merupakan jurulatih pasukan Bawah-22 tahun dan telah bertolak ke Filipina pagi tadi bagi Sukan SEA. Pasukan tersebut akan menentang Laos Selasa depan. 



Kontrak sebelum ini bakal tamat pada 31 Disember. FAS tidak menyatakan tempoh lanjutan kontrak tersebut, tapi difahamkan ia akan dilanjutkan selama dua tahun.



Pengumuman tersebut mengakhiri sebarang khabar angin bahawa Fandi sedang mempertimbangkan tawaran dari kelab luar negara yang telah bermula sejak kebelakangan ini.



Kenyataan tersebut menyusuli laporan yang dikeluarkan di Berita Harian bertajuk ‘Fandi: FAS sedia bincang lanjut kontrak’ di mana Fandi melahirkan kesediaannya untuk berbincang mengenai kontrak baru supaya beliau terus kekal bersama persatuan tersebut. 





Selepas Sukan SEA, Fandi akan memulakan peranan tersebut di FAS, dengan jawatan rasmi Ketua Belia Elit.



Dalam peranan ini beliau akan bekerjasama dengan pengarah teknikal Joseph Palatsides untuk mempertingkat laluan dan struktur pembangunan pemain belia bagi pasukan nasional, menurut FAS.



Antara tugas yang akan dilakukan termasuk mengenal pasti bakat, program mentor serta sesi latihan khas bagi pemain dalam pasukan nasional berbeza.



Beliau juga akan menjadi sebahagian daripada kakitangan jurulatih pasukan nasional Tatsuma Yoshida.



Dalam kenyataan tersebut, Fandi berkata beliau yakin dengan pembangunan pemain tempatan, dan mengalu-alukan kerjasama dengan Palatsides untuk mempertingkat generasi pemain seterusnya.



“Saya dapat lihat potensi dalam pemain belia kita sepanjang beberapa tahun namun tidak ramai yang diberikan peluang untuk dibentuk dengan baik untuk masa hadapan.



“Kami perlu menubuhkan asas yang baik untuk sistem pembangunan belia supaya kita dapat mengenal pasti dan membangunkan bakat masa hadapan. Saya ercaya dengan struktur dan latihan yang baik, kami dapat membentuk lebih ramai pemain di peringkat belia untuk pasukan nasional.”



Podcast BH #NoTapis yang terkini juga menampilkan Fandi dan dua pemain yang terlibat dalam Sukan SEA. Ikuti perkongsian mereka di Spotify https://spoti.fi/2OPFUIr




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >