Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS lanjutkan kontrak Stange sehingga April depan

Sep 19, 2015 | 06:08 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) semalam melanjutkan kontrak jurulatih nasional, Bernd Stange, sehingga 15 April tahun depan - sekali gus membuka peluang kepada jurulatih asal Jerman itu terus membimbing pasukan negara dalam usaha melayakkan diri ke Piala Asia 2019.


Ini lanjutan kontrak kali kedua bagi jurulatih berusia 67 tahun itu - kontrak asal dua tahunnya yang berakhir Jun lalu dilanjutkan tiga bulan bagi membolehkannya membimbing skuad Bawah 23 Tahun negara di Sukan SEA pada Jun lalu.


Keputusan terbaru ini bermakna Stange berpeluang menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan pasukan Singa mencatatkan keputusan memberangsangkan sejauh ini. Kelayakan Piala Dunia ini juga berperanan sebagai medan merebut tempat ke Piala Asia - dengan juara kesemua lapan kumpulan serta empat naib juara terbaik mendapat 'tiket' ke Piala Asia yang akan berlangsung di Amiriah Arab Bersatu (UAE).


Skuad Singa pimpinan Stange kini menduduki tangga ketiga Kumpulan E - di belakang Syria dan Jepun. Singapura kalah tipis 0-1 kepada Syria dalam perlawanan terakhirnya selepas mencatatkan keputusan cemerlang menyekat Jepun 0-0 di Saitama pada April lalu. Singa memulakan kempen kelayakan ini dengan menewaskan Kemboja 4-0.


"Saya selalu menyatakan hasrat saya untuk kekal dan membimbing skuad nasional terus mengharungi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia ini," ujar Stange, yang mendapat sokongan dua legenda bola sepak tanah air, Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy, yang membantu latihan pasukan nasional sepanjang kelayakan ini.


Di bawah pimpinan Stange sejak beliau dilantik pada Mei 2013, Singa beraksi 30 perlawanan 'A' antarabangsa dengan rekod 12 menang, empat seri dan 14 kalah.


Setiausaha agung FAS, Winston Lee, menyatakan keputusan bagi melanjutkan kontrak jurulatih nasional itu bertujuan bagi "meneruskan kesinambungan dan kepimpinan bagi pasukan nasional yang telah menunjukkan prestasi baik dalam kempen kelayakan Piala Dunia/Piala Asia sejauh ini".


Kali pertama dan terakhir Singapura beraksi di pentas Piala Asia ialah pada 1984 apabila ia layak secara automatik sebagai tuan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >