BOLA SEPAK SETEMPAT
FAS lantik ketua jurulatih pendidikan dan pembangunan baru
Apr 06, 2019 | 05:30 AM
BEKAS ketua jurulatih pasukan bola sepak palsi serebrum (CP), Zainudeen Hassan, telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi pendidikan dan pembangunan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kata persatuan itu semalam.
Jurulatih berusia 50 tahun itu menggantikan Basir Ellaya Kutty, yang mengundur diri daripada jawatan tersebut Jun lalu.