BOLA SEPAK SETEMPAT
FAS lantik pegawai sukan pengalaman jadi timbalan setiausaha agung
Aug 05, 2017 | 05:30 AM
MAJLIS baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang menerajui pucuk pimpinan badan pentadbir sukan itu sejak April lalu kelmarin mengumumkan pelantikan pegawai sukan berpengalaman Yazeen Buhari (gambar) bagi mengisi jawatan timbalan setiausaha agung (strategi & pelibatan).
Pelantikan itu adalah yang pertama Majlis FAS di bawah kepimpinan peguam Lim Kia Tong, sejak beliau dan pasukannya memenangi undian sekitar tiga bulan lalu.